Fokus.

JANGAN HILANG FOKUS.

Teman2 dan sahabat semua. Dalam kita menghadapi berbagai isu yg antaranya sengaja di lontar oleh DAP untuk menghilangkan fokus kita menyatukan dua kekuatan kumpulan MELAYU ISLAM PAS +, UMNO. Kita jgn hilang fokus.

PAS perlu terus diperkukuhkan sehingga ke akar umbi. Begitu juga UMNO. PAS tidak boleh lemah dan UMNO juga tidak boleh lemah. Kerana kerjasama kedua2 kumpulan yg lemah tidak banyak manfaatnya. Sekarang EMPAT perkara utama mesti diberikan tumpuan oleh PAS dan UMNO.

  1. Perkukuhkan dalaman PAS
  2. Perkukuhkan dalaman UMNO.
  3. Perkukuhkan kerjasama PAS UMNO.
  4. Fokus dengan menyerang DAP Khususnya dlm isu Agama dan Bangsa serta cabaran terhadap institusi raja2. Sokongan padu perlu diberikan khususnya dlm kepentingan agama, bangsa dan Negara. Jika Tun berada dipihak yg benar maka Tun mesti dipertahankan.

Kini kita melihat pimpinan kanan DAP sudah berani menyanggahi Tun khususnya dlm isu Agama. Kelihatan pimpinan Melayu Islam dari PKR dan PAN tiada yg berani mempertahankan Tun, hatta dari BERSATU sendiri. DAP sedang giat berusaha menobatkan Anwar bagi menggantikan Tun. Kerana Anwar lebih mudah dijinakkan oleh DAP berbanding Tun. PAS kenal Anwar dan PAS kenal Tun. Makanya PAS bersetuju Tun meneruskan khidmatnya hingga habis penggal. Jika dengan menyokong Tun itu dapat menyekat kemaraan Anwar, maka tindakan menyokong Tun adalah tindakan yg menepati kehendak syarak.

Kedua pihak PAS dan UMNO teruskan agenda perjuangan dan eratkan kerjasama. Pedulikan anjing yg menyalak. Kafilah dagang mesti meneruskan perjalanan.

UMS
Kuantan Pahang
14.Ogos.2019

Leave a Comment